'Apabila anak Adam(manusia) itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga iaitu; Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya.'
(Riwayat Muslim)
'Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Dan sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana puas dengan apa yang diperbuatnya.'
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
'Tidak boleh ada cita-cita untuk mendapatkan nikmat seperti orang lain kecuali dalam dua hal iaitu, terhadap seseorang yang dikurnia harta oleh Allah kemudian ia pergunakan untuk membela kebenaran dan terhadap seseorang yang dikurniai ilmu pengetahuan kemudian ia mengamalkan dan mengajarkannya.'
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment